BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 2, 2012

Buah Gajus


Gambar Pokok gajus ni diambil depan rumah opah aku. Sorry la. Buah gajus tidak berapa cantik luarannya. Buah gajus adalah buah yang boleh dikira sebagai buah yang unik kerana mempunyai biji di luar. Bijinya berbentuk seperti buah pinggang dan berwarna kelabu. Nama saintifik pohon buah gajus ialah Anacardium occidentale dari famili Anarcadiaceae. Nama buah ini berbeza mengikut negeri, di mana ada yang menggelarnya sebagai jambu monyet, buah ketereh atau jambu golok. Ia diperkenalkan ke negara kita pada sekitar 1945-1950 oleh syarikat Penang Rubber Estate limited. Pokok gajus ini berasal dari Brazil dan Peru tumbuh segar di kawasan tanah berpasir. Pucuk buah gajus enak dimakan dan dijadikan ulam bagi kebanyakan orang. Selain itu kacang dari bijinya mengandungi protein yang sangat tinggi. Buahnya yang masak harus dineutralkan terlebih dahulu, ini kerana buah mentah rasanya agak masam kelat serta berminyak dan tidak berapa menarik selera orang ramai.

Monday, April 30, 2012

OMG!long time nt update

Long time nt update ..how about my frien?how r u now?

Wednesday, April 11, 2012

Pilot Peluk Islam Selepas Lihat Kebesaran Allah SWT

Sekadar perkongsian cerita...
-----------------------------------------------------------------
Seorang bekas pilot bukan beragama Islam beralih kepada Islam setelah beliau mengalami sendiri satu kejadian aneh empat tahun lalu. menurut beliau,kejadian itu berlaku semasa beliau ditugaskan untuk membuat 1 penerbangan ihsan bagi menghantar jenazah seorang ulamak terkenal tanahair dari Kuala Lumpur ke sebuah negeri di Utara tanahair. dari penceritaan,beliau amat takjub kerana sepanjang perjalanan,pesawat itu dipayungi oleh awan sedangkan pada waktu itu cuaca panas terik dan ini disaksikan juga oleh krew-krew lain dalam pesawat itu. "itulah ana paling takjub.Ana anya kawan2 ana,mereka juga kata tak pernah alami kejadian sepertu itu.

Masya Allah! awan sentiasa payungi pesawat yang bawa allahyarham daripada terkena terik matahari " kata beliau. "ana tahu,jenazah yang ada dalam pesawat itu seorang ulama.Ulama ini membuat kerja2 dakwah,suruh orang berbuat baik,jauhi mungkar...tiba2 hati ana terdetik,ulama ini seorang Islam.Ana lihat ada kebenaran dalam Islam." katanya lagi "selepas tengok awan pelik dari mula sampai akhir penerbangan,ana beritahu rakan Muslim dalam pesawat,ana nak masuk Islam,ana betul2 kagum dengan kebesaran Allah ujar bekas pilot itu lagi yang sebelumnya tidak pernah terfikir untuk menukar agama nenek moyangnya. Menurut wartawan yang menulis artikel ini,sebenarnya beliau juga merupakan seorang sukarelawan dan turut membantu menguruskan jenazah ulama terkenal itu sebelum dibawa menaiki pesawat. wartawan tersebut menceritakan kepada bekas pilot itu yang dia turut menyembahyangkan jenazah almarhum yang meninggal akibat serangan jantung di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Jenazah dimandi dan di kapankan di hospital sebelum dibawa ke Surau Al Mustaqimah,Bandar Tun Razak untuk disembahyangkan. Ketika itu beliau melihat ribuan orang datang dari setiap pelusuk negara dan sama2 memberi penghormatan terakhir kepada almarhum.Beliau juga memberitahu kepada bekas pilot itu yang beliau amat takjub apabila melihat bilangan orang yang hadir sangat ramai sehingga terpaksa bersesak sesak berdiri. 
 Wartawan itu juga mengatakan yang beliau amat terasa bangga a[abila melihat jenazah turut di iringi anggota polis ke pangkalan TUDM Subang. Mengikut wasiat ,almarhum mahu jasadnya disemadikan di madrasah yang menempatkan sebuah kolej pengajian Islam di negeri kelahirannya.. (dapatkan berita penuh dalam majalah Mastika keluaran Julai 2008) # siapakah Almarhum? kalau tak salah tok dari penceritaan tersebut beliau adalah Almarhum Ustaz Haji Fadhil Noor (bekas Presiden PAS dan ABIM) yang disemadikan di sebelah Madrasah Darul Ulum ,Pokok Sena,Kedah AL- FATIHAH.... SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH , ALLAHU AKBAR!