BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 2, 2012

Buah Gajus


Gambar Pokok gajus ni diambil depan rumah opah aku. Sorry la. Buah gajus tidak berapa cantik luarannya. Buah gajus adalah buah yang boleh dikira sebagai buah yang unik kerana mempunyai biji di luar. Bijinya berbentuk seperti buah pinggang dan berwarna kelabu. Nama saintifik pohon buah gajus ialah Anacardium occidentale dari famili Anarcadiaceae. Nama buah ini berbeza mengikut negeri, di mana ada yang menggelarnya sebagai jambu monyet, buah ketereh atau jambu golok. Ia diperkenalkan ke negara kita pada sekitar 1945-1950 oleh syarikat Penang Rubber Estate limited. Pokok gajus ini berasal dari Brazil dan Peru tumbuh segar di kawasan tanah berpasir. Pucuk buah gajus enak dimakan dan dijadikan ulam bagi kebanyakan orang. Selain itu kacang dari bijinya mengandungi protein yang sangat tinggi. Buahnya yang masak harus dineutralkan terlebih dahulu, ini kerana buah mentah rasanya agak masam kelat serta berminyak dan tidak berapa menarik selera orang ramai.

0 comments: